Nelayan didakwa lakukan kelucahan melampau

Iklan
Tertuduh (tengah) dibawa ke Mahkamah Majistret untuk pendakwaan.

KOTA BHARU - Seorang nelayan didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Khamis atas tuduhan melakukan kelucahan melampau terhadap seorang gadis di bawah jagaannya pada 20 Oktober lalu.

Tertuduh yang berusia 44 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah melakukan cabul terhadap mangsa selepas jurubahasa membacakan pertuduhan di hadapan Majistret, Ahmad Syafiq Aizat Nazri.

Iklan
Iklan

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh melakukan kesalahan itu dalam sebuah bilik di sebuah rumah di Kampung Tok Panjang Jalan Kuala Besar kira-kira jam 4 petang.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 337D (Akta 574) yang boleh dihukum sehingga tempoh lebih dua tahun.

Iklan

Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Aiman Syahmi Yazid memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM5,000 bersama syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu saksi dan mangsa.

Sementara itu, peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGA) yang mewakili tertuduh, Ariyani Mohd Amin merayu mahkamah mengurangkan jaminan terhadap tertuduh kerana berpendapatan rendah iaitu RM70 hingga RM80 sehari selain perlu menyara isteri dan empat lagi anak.

Iklan

Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin dan tidak tidak mengganggu mangsa serta saksi.

Mahkamah turut menetapkan 16 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.