Hantaran pro Palestin: El Ghazi saman Mainz 05

Iklan
Anwar El Ghazi. Foto: Agensi

PEMAIN Belanda berketurunan Maghribi, Anwar El Ghazi mengambil tindakan undang-undang terhadap Mainz 05 kerana dipecat oleh kelab Jerman itu selepas pemain sayap itu membuat hantaran di media sosial menyokong Palestin, lapor Agensi Anadolu.

Bild melaporkan bahawa El Ghazi, 28, bertindak menyaman Mainz selepas kelab Bundesliga itu menamatkan kontraknya pada 3 November berikutan hantaran di Instagramnya yang menyokong rakyat Palestin secara terbuka.

Iklan
Iklan

El Ghazi sebelum ini pernah digantung dan diberi amaran mengenai frasa"From the river to the sea" bermaksud"dari sungai ke laut” di akaun Instagramnya.

"From the river to the sea, Palestine will be free" (Dari sungai ke laut, Palestin akan bebas) merupakan slogan Palestin yang merujuk kepada kawasan antara Sungai Jordan dan Laut Mediterranean.

Iklan

Beliau kemudiannya memberi respons terhadap penamatan kontraknya di platform X, dengan hantaran"Saya berdiri demi kebenaran, meskipun ia bermakna saya terpaksa mengharunginya sendirian."

"Kehilangan mata pencarian saya tidak bermakna apa-apa jika dibandingkan dengan kesengsaraan dan penderitaan yang dialami mereka yang tidak bersalah di Gaza," katanya.

Iklan

Sebelum ini, El Ghazi pernah beraksi untuk kelab Belanda Ajax dan PSV Eindhoven, Aston Villa dan Everton di England, serta Lille di Perancis. - Bernama