Pencuci kawasan ladang, Wan Azahar Wan Abdullah, 33, menunjukkan getah paip yang tidak mengeluarkan air di kediamannya ketika ditemui pemberita di Taman Agropolitan Rantau Manis, Gua Musang.
Penduduk terpaksa berjaga pada tengah malam semata-mata untuk mendapatkan air bersih kerana hanya pada waktu itu sehingga subuh tekanan air di kediaman mereka mulai kuat dan pulih daripada gangguan bekalan. - Foto Bernama