Pelepasan benih ikan air tawar

Iklan
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli melepaskan ikan simbolik pelepasan 70,015 ekor benih ikan air tawar daripada spesies kelah, lampam sungai dan terbul di Sungai Kincin yang terletak dalam Taman Negeri Rompin hari ini.

Benih ikan tersebut diperoleh dari dua pusat pengembangan akuakultur di Pahang iaitu di Perlok, Jerantut dan Bukit Tinggi, Bentong.

Turut kelihatan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.