'Ayah pernah pesan minta anak-anak mandikan, solatkan jenazahnya'

Iklan

BERITA MOJO 16 NOVEMBER 2023

Anak sulung kepada Allahyarham Mohd Suhaimi Saad memberitahu ayahnya sempat berpesan sebelum keadaan kesihatannya semakin merosot pada minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Iklan
Iklan

"Ayah pesan kalau ayah tak ada nanti mandikan ayah, solatkan ayah. Alhamdulillah, semua itu sudah selesaikan, sudah dilakukan.

"Selain itu, ayah juga minta agar saya dan adik-adik jaga solat dan jangan tinggal mengaji," katanya ketika ditemui Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Sebelum itu, jenazah bekas vokalis kumpulan nasyid In-Team itu selamat dikebumikan di Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi, pada pagi Khamis.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/634814/berita/hiburan/ayah-pernah-pesan-minta-anak-anak-mandikan-solatkan-jenazahnya

Iklan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com