Kerajaan tanggung RM30 juta tol percuma semasa Deepavali

Iklan
Gambar hiasan. - Foto: Bernama

KUALA LUMPUR - Kerajaan menanggung kos RM30 juta selepas memberikan tol percuma selama dua hari sempena perayaan Deepavali baru-baru ini.

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkongsikan angka itu di Dewan Rakyat pada Khamis.

Iklan
Iklan

Menurut Abdul Rahman, kerajaan perlu menangung kos tinggi untuk menghapuskan tol di seluruh negara malah pada tahun lepas juga, kerajaan menanggung kira-kira RM435 juta disebabkan penangguhan kenaikan tol.

"Untuk penstrukturan semula kadar tol perjanjian konsesi ini, rundingan adalah bergantung kepada dua pihak sama ada dari konsesi itu sendiri dengan pihak kerajaan dan akan diluluskan semestinya dari Kementerian Kewangan.

Iklan

"Ini perlu kajian secara menyeluruh. Kalau keseluruhan tol dalam negara nak dihapuskan, ia melibatkan hampir RM400 bilion kalau nak hapuskan tol ini dan penggantian kepada kos tersebut.

"Semasa Deepavali, saya rakamkan ucapan terima kasih khusus kepada Perdana Menteri, yang juga Menteri Kewangan kerana telah memberi selama dua hari tol percuma dan melibatkan kos sebanyak RM30 juta,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN - Pasir Mas) yang bertanya kos ditanggung kerajaan bagi tol percuma itu dan usaha kerajaan dalam menghapuskan tol. - Awani