Gua Niah

Iklan
Gua Niah merupakan gua yang terbesar dan tertua di Malaysia malah merupakan antara gua batu kapur yang terbesar di dunia. Kawasan sekeliling gua ini telah diwartakan sebagai tapak bersejarah di bawah kuasa Muzium Sarawak.

Menurut hasil kajian pakar sains yang diketuai Daren Curnoe, seorang pakar antropologi Australia yang mengkaji penemuan kerangka tulang dan tengkorak manusia purba di Gua Niah yang berusia 45,000 hingga 39,000 tahun dipercayai dari orang asal Borneo sendiri berdasarkan hasil kajian dengan orang asli Iban.

Gua Niah juga merupakan taman negara terkecil di Sarawak, tetapi merupakan yang paling penting dan menarik minat pelancong. Ini adalah kerana di Gua Niah telah dijumpai fosil manusia yang berusia 40 ribu tahun dahulu Sekali gus menjadikannya sebagai tapak awal kehadiran manusia di Asia Tenggara. Selain itu terdapat perkakasan manusia purba telah menjadikan Gua Niah sebagai tapak kaji purba terpenting di dunia.

Taman negara Gua Niah seluas 3,138 hektar kawasan berbukit, batu kapur dan hutan. Gua tersebut diwartakan sebagai Monumen Sejarah Kebangsaan pada 1958 dan pada 23 November 1974 diwartakan sebagai Taman negara dan dibuka kepada umum pada 1 Januari 1975.