Agong sempurnakan pengurniaan Ru'Rasa kepada penduduk Rompin

Iklan
Al-Sultan Abdullah (kiri) bertitah kepada penerima rumah, Hairul Anuar (tiga dari kanan) pada Majlis Penyampaian Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’Rasa) di Kampung Janglau, pada Khamis. - Foto Bernama

ROMPIN - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Khamis berkenan menyerahkan Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru'Rasa) kepada tujuh penerima di daerah ini.

Al-Sultan Abdullah menzahirkan lebih banyak kediaman seumpamanya dibina di Pahang, selepas disembah maklum bahawa 124 daripada 178 unit rumah Ru'RASA telah siap dan sedia dihuni penerimanya.

Iklan
Iklan

"Inilah usaha saya, kerajaan Pahang dan UAE (Emeriah Arab Bersatu) untuk membantu rakyat Pahang... kita nak pelbagaikan lagi rumah untuk rakyat melalui kerajaan negeri misalnya seperti Rumah Rakyat Pahang, Rumah Makmur dan PR1MA Pahang.

Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Duta Besar UAE, Dr Mubarak Saeed Ahmed Burshaid AlDhaheri; Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman dan Pegawai Daerah Rompin, Datuk Ahmad Nasim Mohd Sidek.

Iklan

Pelaksanaan Ru'Rasa dengan kerjasama UAE di daerah ini melibatkan rumah setingkat dan bertiang masing-masing bernilai RM75,000 dan RM100,000 yang dilengkapi tiga bilik.

Pada titah itu, baginda turut menzahirkan kesyukuran dan penghargaan kepada Presiden UAE, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan atas bantuan menyediakan kediaman selesa buat mereka yang kurang berkemampuan.

Iklan

"Terima kasih kepada kerajaan negeri sediakan tapak rumah dan kerajaan UAE yang menghulurkan sumbangan termasuk kepada mangsa banjir sebelum ini.

"Penerima rumah ini harus bersyukur dan berterima kasih. Saya ingin nasihatkan jangan sesekali fikir nak jual atau sewakan, tinggal di sini sampai tua... (tetapi) kalau ingin besarkan atau cantikkan hak anda," titah Seri Paduka.

Sementara itu, seorang penerima Ru'RASA, Hairul Anwar Hashim, 45, berkata, impiannya untuk memiliki kediaman sendiri tercapai selepas dimaklumkan terpilih menerima rumah berkenaan.

Al-Sultan Abdullah berkenan menyampaikan replika kunci rumah kepada penerima, Hairul Anuar (dua dari kanan). - Foto Bernama

"Junjung kurnia kepada Seri Paduka atas pemberian ini dan saya berterima kasih kepada bekas tok ampat yang turut membantu saya memohon dan akhirnya dapat rumah ini,” katanya yang bekerja sebagai pemandu lori.

Ibu tunggal Anita Ab Kadir, 49, berkata rumah berkenaan akan menjadi tempat berteduh bersama lima anaknya setelah sekian lama mereka menyewa rumah di sekitar daerah ini.

"Saya bekerja di kedai makan yang membayar gaji secara harian sebanyak RM30... pendapatan tidak menentu ini menyebabkan saya sukar untuk membeli rumah sendiri.

"Lega akhirnya kini dapat rumah sendiri, cuma sedikit ralat hasrat ibu saya yang nak tengok anaknya tinggal di rumah sendiri tidak kesampaian, arwah meninggal sebelum rumah ini dikurniakan," katanya yang berterima kasih atas pemberian rumah itu. - Bernama