Rezeki bekas PTD, kali ketujuh lihat gerhana matahari

Iklan
Fenomena gerhana matahari cincin atau dikenali sebagai analus jelas kelihatan dari Taman Negara Tanjung Piai hari ini. - Foto Bernama Gambar kecil: Kamaruzzaman Abdul Halim

PONTIAN - Seorang pesara yang juga bekas Pegawai Tadbir dan Diplomatik menyifatkan dirinya cukup bertuah kerana berpeluang menyaksikan gerhana matahari anulus di Tanjung Piai hari ini.

Kamaruzzaman Abdul Halim, 81, berkata, dia sudah enam kali menyaksikan gerhana matahari yang berlaku di Malaysia, Indonesia dan Amerika Syarikat.

Iklan
Iklan

"Ini kali ke tujuh saya menyaksikan gerhana matahari. Kali pertama di Yogjakarta Indonesia pada 1983.

"Selepas bersara pada tahun 1988, saya ke Palembang; Sulawesi dan Sandakan, Sabah untuk menyaksikan gerhana. Saya juga berpeluang melihat gerhana matahari cincin di Mersing pada tahun 1998," katanya.

Iklan

Beliau yang berasal dari Subang berkata, pengalaman paling jauh ditempuh untuk menyaksikan gerhana matahari di Oregon Amerika Syarikat pada tahun 2017.

"Menantu saya memandu sejauh 900 batu dari rumahnya di Los Anggeles untuk membawa saya dan cucu menyaksikan gerhana ketika itu," katanya.

Iklan

Kamaruzzaman turut memuji usaha Planetarium Negara menganjurkan program Solar Fest dan pencerapan gerhana kerana dapat memupuk minat generasi muda terhadap bidang astronomi.