JAKARTA - Dua pesawat serangan ringan, masing-masing membawa seorang juruterbang dan pembantu juruterbang terhempas di bandar Pasuruan, Jawa Timur sebelum tengah hari Khamis, lapor Jakarta Globe
Setakat ini, nasib krew tersebut masih tidak diketahui sementara menunggu proses siasatan.
Iklan
Iklan
Kenyataan Tentera Udara Indonesia mengenal pasti kedua-dua pesawat yang terbabit dalam insiden itu sebagai EMB-314 Super Tucano dengan nombor bahagian ekor TT-3111 dan TT-3103.
Menurut kenyataan itu, kedua-dua pesawat itu berlepas dari Pangkalan Udara Abdulrachman Saleh di Malang, Jawa Timur, untuk misi latihan bersama dua pesawat jenis sama pada 10.50 pagi (waktu tempatan).
Katanya, pada jam 11.18 pagi, kawalan udara terputus hubungan dengan kedua-dua pesawat, manakala baki dua Tucano selamat kembali ke pangkalan pada 11.31 pagi.
Sebelum kejadian itu berlaku, empat pesawat itu dilaporkan terbang dalam 'bentuk kotak' dan mencapai ketinggian 8,000 kaki.
Individu di dalam pesawat malang itu dikenal pasti sebagai Leftenan Kolonel Sandhra Gunawan (TT-3111, tempat duduk depan), Kolonel Widiono (TT-3111, tempat duduk belakang), Mejar Yuda A Seta (TT-3103, tempat duduk depan), dan Kolonel Subhan (TT-3103, tempat duduk belakang ). - Agensi