SHAH ALAM - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Selangor diseru menyumbang ke dalam tabung sumbangan Dewan Undangan Selangor yang dicadang ditubuhkan bagi membantu rakyat Palestin.
ADUN Bukit Lanjan, Pua Pei Ling turut menyarankan setiap ADUN menyumbang RM5,000 ke dalam tabung berkenaan yang disasarkan dapat mengumpul sehingga RM280,000 sebelum disalurkan bagi kegunaan dan keperluan rakyat Palestin.
Iklan
Iklan
"Di saat kita berkumpul di dewan ini, laungan perit meminta pertolongan tidak terputus didengar di sana.
"Pada waktu ini, ambulans di sana tidak lagi dapat bergerak dan penduduk di kepung di kesemua arah, bekalan air, makanan, elektrik sehingga hospital diletupkan oleh Zionis di Gaza.
"Dengan izin, 'we are having the worst humanitarian crisis among civilist humans' yang mana 'genocide' dan 'ethnic cleansing' sedang berlaku di depan mata kita,” katanya dalam Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Pertama DUN Selangor Ke-15 2023 di Dewan Negeri Selangor di sini pada Khamis.
Pei Ling ketika membahaskan Belanjawan Selangor 2024 itu turut berkata, jika tabung tersebut ditubuhkan dan sumbangan berkenaan direalisasikan, DUN Selangor akan menjadi dewan negeri pertama di negara ini yang menyumbang kepada mangsa keganasan di Palestin.
"Krisis kemanusiaan itu walaupun jauh beribu kilometer dari kita, hadirnya kita di dewan ini sebagai pemimpin tidak luntur pegangan untuk memainkan peranan sebagai ahli, nescaya Kerajaan Persekutuan di bawah pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang melakukan sebarang tindakan munasabah," katanya.