NGO belia terapkan perjuangan Rasuah Busters dalam komuniti

Iklan
Abdul Hakim Hafizi (kiri) bersama Hussamuddin (dua kiri) dan Norhayati (kanan) ketika hadir ke Kompleks karangkraf pada Khamis.

SHAH ALAM - Pertubuhan Perdana Nasional akan memberi kerjasama penuh kepada Rasuah Busters (RB) untuk menyokong program yang dilaksanakan bagi mencegah gejala rasuah dalam kalangan belia negara.

Presidennya, Abdul Hakim Hafizi Hamizan berkata, kolaborasi antara badan bukan kerajaan (NGO) itu bakal memberi tumpuan terhadap pembinaan sahsiah diri dan integriti, sekali gus menjadi pemangkin untuk melahirkan golongan pemimpin masa depan.

Iklan
Iklan

"Kami berbesar hati untuk bersama dalam gabungan RB untuk membawa satu ikhtiar atau hala tuju dalam menerapkan unsur-unsur rasuah yang tidak perlu ada dalam diri anak muda.

"Kami juga akan menekankan institusi rukun negara kerana rata-rata anak muda masa kini tidak menghayatinya, selain membantu golongan tersasar dan tercicir agar nasib mereka terbela," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Iklan

Sebelum itu Abdul Hakim hadir di Kompleks Karangkraf untuk bertemu Penasihat Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia, Norhayati Nordin bagi menyampaikan hasrat menyertai gabungan RB.

Sebagai permulaan beliau berkata, Pertubuhan Perdana Nasional akan menerapkan konsep benci rasuah dalam kalangan ahli jawatankuasa pertubuhan itu untuk memberi gambaran sebenar perjuangan RB dalam masyarakat.

Iklan

"Kita tidak mahu adanya salah laku melibatkan integriti dalam pertubuhan kerana sudah ada contoh tidak elok dapat disaksikan sekiranya amalan rasuah berleluasa dalam komuniti.

"Jadi kami nak terapkan 'melentur buluh biar dari rebungnya' selain memberi penjelasan bahawa gejala rasuah bukan hanya melibatkan wang ringgit atau hadiah semata-mata," ujarnya.