Israel bom satu-satunya kilang gandum masih beroperasi di Gaza

Iklan
Orang ramai kelihatan di antara runtuhan bangunan yang musnah dalam serangan udara Israel di bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza. Foto Xinhua

NEW YORK - Satu laporan yang dikeluarkan oleh Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) baru-baru ini menyatakan Kilang Tepung As-Salam Palestin di Deir Al Balah telah dibom dan musnah akibat serangan udara Israel, menurut Agensi Berita Jordan, Petra.

Premis itu merupakan kilang gandum terakhir yang masih beroperasi di Gaza.

Iklan
Iklan

Kemusnahan kilang itu bermakna tepung yang dihasilkan secara tempatan tidak boleh didapati di Gaza kelak.

Selain itu, tentera Israel dilaporkan menahan beberapa orang pelarian dalaman (IDP) yang melarikan diri melalui"koridor" yang ditetapkan untuk mereka oleh tentera penceroboh, menurut laporan itu.

Iklan

Terdapat juga laporan saksi dan sumber yang tidak dapat disahkan mengenai beberapa orang penduduk yang hilang tempat tinggal dipukul dan dibogelkan.

Petra pada Selasa juga melaporkan, tentera Israel membina pusat pemeriksaan tanpa kakitangan dan mengarahkan penduduk Palestin untuk menunjukkan pengenalan diri mereka dan menjalani proses yang dipercayai imbasan pengecaman muka.

Iklan

Lebih 1.5 juta penduduk di Gaza dianggarkan hilang tempat tinggal, termasuk kira-kira 813,000 IDP yang tinggal di sekurang-kurangnya 154 pusat perlindungan UNRWA, tambah Petra. - Bernama