Harimau Malaya 'ajar' Kyrgyzstan

Iklan
Pemain Harimau Malaya meraikan jaringan Dion Johan Chai Cools (dua dari kanan) pada perlawanan Kumpulan D bagi Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 di antara Malaysia menentang Kyrgyzstan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. - Foto Bernama

[DIKEMAS KINI] SKUAD Harimau Malaya bangkit daripada ketinggalan untuk menundukkan Kyrgyzstan 4-3 dalam aksi sulung Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Khamis.

Faisal Halim menjadi wira negara dengan gol kemenangan pada penghujung perlawanan memastikan Harimau Malaya meraih tiga mata berharga dalam perlawanan yang cukup dramatik.

Iklan
Iklan

Skuad negara kendalian Kim Pan-gon bermula garang apabila menekan dan mengasak Kyrgyzstan yang berada di ranking ke-97 dunia sebaik sahaja perlawanan dimulakan.

Hasilnya, tonggak pertahanan negara, Dion Cools berjaya membuka tirai jaringan pada minit keenam selepas menanduk sepakan sudut Arif Aiman.

Iklan

Harimau Malaya yang menguasai perlawanan hampir menambah jaringan menerusi Arif Aiman Hanapi namun percubaannya pada minit ke 21 tersasar.

Aksi pemain Harimau Malaya Dion Johan Chai Cools (dua dari kiri) meraikan jaringannya pada perlawanan Kumpulan D bagi Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 di antara Malaysia menentang Kyrgyzstan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. - Foto Bernama

Keadaan kucar kacir di hadapan pintu gol negara dimanfaatkan Kyrgyzstan apabila Zhyrgalbek Kairat menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-41.

Iklan

Tiga minit berselang, gawang skuad negara sekali lagi bocor apabila bekas penyerang import Kelantan United, Batyrkanov Ernist meledak jaringan untuk menewaskan Ahmad Syihan Hazmi buat kali kedua.

Harimau Malaya gagal memperbaiki rentak pada separuh masa kedua apabila Kyrgysztan menjaringkan gol ketiga menerusi pemain gantian, Merk Kai pada minit ke-57.

Gol sendiri daripada pertahanan Kyrgyzstan, Khristiian Brauzman pada minit ke-72 menyalakan harapan skuad negara sebelum Cools sekali lagi berjaya menjaringkan gol untuk mengikat perlawanan pada minit ke-77.

Faisal memastikan Stadium Nasional bergema dengan sorakan 'siuuuu' apabila tenang menyudahkan hantaran Arif untuk menewaskan penjaga gol gantian Kyrgyzstan, Kadyrbekov Kutman.

Selepas ini, skuad negara akan terbang ke Taipei City bagi perlawanan kedua bertemu Taiwan pada 21 November.