Kontrak Pan-gon sehingga 2025

Iklan
Pan-gon

PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaskan kontrak pengendali Harimau Malaya, Kim Pan-gon adalah sehingga 2025.

Menurutnya, Pan-gon akan terus mengemudi skuad negara sehingga tarikh tersebut di sebalik desas-desus yang mengatakan bahawa kontrak pengendali kelahiran Korea Selatan itu akan berakhir Januari tahun depan.

Iklan
Iklan

"Kontrak Pan-gon sehingga 2025," katanya dalam satu sidang akhbar khas baru-baru ini.

Pan-gon dilantik sebagai pengendali Harimau Malaya pada 21 Januari tahun lalu dan telah terbukti berjaya membawa Harimau Malaya meraih banyak keputusan positif dalam aksi antarabangsa.

Iklan

Malah, dalam aksi Pestabola Merdeka bulan lalu, Harimau Malaya berjaya menundukkan India (102) untuk mara ke perlawanan akhir sebelum tidak bernasib baik tewas kepada Tajikistan (109).

Pan-gon terbukti berjaya membawa Harimau Malaya meraih banyak keputusan positif dalam aksi antarabangsa.

Malah, ranking skuad negara juga naik mendadak daripada tangga ke-148 dunia ke ranking ke-137 dunia.

Iklan

Pengesahan oleh Hamidin itu menyaksikan Pan-gon akan terus mengemudi Harimau Malaya untuk menghadapi saingan Piala Asia di Qatar Januari tahun depan.

Selain itu, beliau juga mempunyai lebih ruang utnuk merencana pendekatan terutama mencapai misi untuk mara sejauh yang boleh dalam aksi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.