Luqman perlu 'come back'

Iklan
Luqman Hakim antara sandaran Harimau Muda pada saingan Piala Asia B-23 di Qatar yang menyingkap tirai April tahun depan.

PENYERANG muda negara, Luqman Hakim Shamsudin diharapkan dapat mencari kembali rentaknya dalam usaha membantu skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara melangkah jauh dalam Piala Asia B-23 di Qatar bermula April tahun depan.

Bekas pengendali skuad kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan berkata, beliau meyakini Luqman Hakim mampu untuk kembali pada tahap terbaiknya tetapi memerlukan kerja keras untuk kembali menyinar bersama pasukan muda negara.

Iklan
Iklan

"Sudah pasti dia tahu cara untuk bangkit. Dia juga sudah lama di luar negara, takkan dia tidak dapat buat satu pembaharuan atau come back untuk diri dia sendiri.

"Dia kena cari apa yang perlu dibuat dan perbaiki apa yang kurang kerana dia memiliki bakat dan kualiti yang bagus. Dia juga perlu cari prestasinya balik untuk dapatkan kepercayaan jurulatih B-23 negara," katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.

Iklan

Skuad 'Harimau Muda' layak ke pusingan akhir sebagai satu daripada empat naib juara terbaik pada pusingan kelayakan yang berlangsung di Thailand, September lalu.

Namun, nama Luqman Hakim turut mendapat kepercayaan Garrido dan menimbulkan reaksi berbeza dalam kalangan peminat bola sepak negara memandangkan pemain itu yang kini bersama kelab Belgium, KV Kortrijk berada dalam prestasi yang tidak memuaskan.

Iklan

Malah, pemain kelahiran Kelantan itu yang pernah dinobatkan sebagai penyerang muda terbaik apabila muncul penjaring terbanyak di Piala Asia B-17, pada 2018 dan tersenarai dalam 60 pemain muda terbaik dunia oleh portal antarabangsa, The Guardian sedang meniti kesukaran selepas gagal mendapatkan minit permainan secukupnya di Belgium.

Untuk rekod, bekas pelatih Akademi Mokhtar Dahari (AMD) berhijrah ke Eropah bersama Kortrijk sebelum menyertai kelab Iceland, Njardvik secara pinjaman.

Selepas tamat tempoh pinjaman, Luqman Hakim kembali bersama Kortrijk namun terus gagal mendapat peluang beraksi bersama pasukan itu.

Dalam pada itu, Wan Jamak turut memuji pendekatan FAM yang sudah mengatur perancangan awal untuk menghantar Harimau Muda menjalani latihan di luar negara sebelum aksi Piala Asia bermula.

"Ia sesuatu yang bagus kerana pemain dapat menyesuaikan diri dengan keadaan di sana dan dalam masa sama dapat mengharungi aksi persahabatan dengan pasukan di luar negara.

"Sedikit sebanyak ia akan memastikan pemain dapat bersedia dan berada pada tahap terbaik mereka sebelum aksi sebenar," katanya.