SETIAP pemain skuad hoki lelaki negara memiliki karakter untuk memastikan The Speedy Tigers beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris 2024 tahun depan.
Itu pandangan bekas pemain kebangsaan I Vikneswaran terhadap buah Arul Selvaraj sebelum menyingkap cabaran Kelayakan Olimpik Paris 2024 di Muscat, Oman pada 15 hingga 21 Januari depan.
Namun tegas Vikneswaran, beberapa elemen penambahbaikan perlu dilakukan segera selepas persembahan hambar semasa temasya Sukan Asia Hangzhou 2022 di China baru-baru ini.
"Apa yang berlaku kepada skuad The Speedy Tigers pada ketika ini bukan kegagalan sebaliknya satu rintangan.
"Para pemain akan menjadi lebih matang apabila berjaya mengharungi proses ini dalam sebarang tindakan yang dilakukan secara berpasukan.
"Kelayakan Olimpik merupakan tournament yang paling susah lebih susah dari Sukan Olimpik itu sendiri mahupun Piala Dunia apabila setiap pasukan akan berperang berhabis-habisan,” katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.
Sebagai rekod, anak buah Arul akan mengharungi Siri Jelajah Auckland, di New Zealand yang dijadualkan bermula 8 hingga 18 Disember depan.
Speedy Tigers akan mengharungi empat perlawanan persahabatan berdepan New Zealand dan dua aksi menentang Korea Selatan di Auckland sebagai persediaan Kelayakan Olimpik Paris 2024 di Muscat, Oman pada 15 hingga 21 Januari.
Sebagai rekod, Malaysia diundi dalam kumpulan bersama juara Olimpik dua kali Great Britain, Pakistan dan China bagi peringkat kumpulan kelayakan tersebut.
Tegas Vikneswaran yang juga Presiden Persatuan Hoki Kuala Lumpur, itu antara elemen penting kerana kebanyakan gol pasukan dihasilkan dari sudut ini selain gol padang.
"Selain itu, kesilapan mudah ketika permainan memasuki fasa penting juga perlu diberikan perhatian kerana situasi ini merugikan pasukan.
"Begitu juga aspek teknikal khasnya ketika berada di zon penting yang memerlukan tindakan penyudah yang lebih klinikal.
"Selain itu. team culture juga kena kuat yang bukan dinilai semasa pasukan menang atau menjulang kejuaraan sebaliknya ketika pasukan down kembali bersatu untuk bangkit sentiasa positif biar pun dalam keadaan terdesak,” katanya.