APM kenal pasti lebih 5,000 kawasan berisiko banjir seluruh negara

Iklan
APM mengenal pasti 5,648 kawasan berisiko banjir di seluruh negara pada musim Monsun Timur Laut tahun ini.
KUALA NERUS - Sebanyak 5,648 kawasan berisiko banjir dikenal pasti di seluruh negara pada musim Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini. Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam (APM), Datuk Aminurrahim Mohamed berkata, ia melibatkan 1,066 lokasi di Sarawak, Sabah (798 lokasi), Pahang (750 lokasi), Johor (745 lokasi), Kelantan (617 lokasi), Perak (286 lokasi) dan Selangor (271 lokasi).

Kawasan lain termasuk 260 lokasi di Kedah, Terengganu (258 lokasi), Pulau Pinang (241 lokasi), Melaka (124 lokasi), Negeri Sembilan (120 lokasi), Kuala Lumpur (73 lokasi), Perlis (22 lokasi) dan Labuan (17 lokasi).

Sehubungan itu, beliau mengingatkan penduduk di kawasan terlibat supaya sentiasa berwaspada dan menyiapkan semua dokumen penting dan barang kecemasan seperti ubat-ubatan, lampu suluh dan pakaian lebih awal untuk dibawa sekiranya berlaku banjir atau bencana lain.

Aminurrahim (kiri) menyampaikan sijil kepada penerima Noor Asyiqin Rahman pada Majlis Penganugerahan Watikah Pegawai Bersekutu, Pingat, Riben Separa Perkhidmatan serta Sijil APM kepada 83 penerima, malam tadi. - Foto: Bernama
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan
"Selain itu, tolong patuhi nasihat dan beri kerjasama kepada anggota keselamatan kerana mereka bertugas untuk menyelamatkan nyawa anda," katanya selepas Majlis Penganugerahan Watikah Pegawai Bersekutu, Pingat, Riben Separa Perkhidmatan serta Sijil APM kepada 83 penerima di sini, malam tadi.

Aminurrahim (kiri) menyampaikan sijil kepada penerima Noor Asyiqin Rahman pada Majlis Penganugerahan Watikah Pegawai Bersekutu, Pingat, Riben Separa Perkhidmatan serta Sijil APM kepada 83 penerima, malam tadi. - Foto: Bernama


Dalam pada itu, beliau berkata, APM juga telah mengadakan sebanyak 6,266 siri latihan kecemasan dan persediaan banjir kepada orang awam tahun ini. Menurutnya, ia melibatkan 350,474 individu terdiri daripada pemimpin masyarakat, penduduk kampung, pelajar institusi pengajian tinggi dan pelajar sekolah yang dijalankan secara berperingkat.

"Dengan adanya latihan dan pendedahan sedemikian, kami harap mereka boleh memberi respons awal sementara menunggu anggota penyelamat datang membantu mereka."Respons awal ini amat penting supaya mereka tidak panik, dapat mengawal situasi dan memudahkan kerja menyelamat oleh anggota keselamatan," katanya.

Aminurrahim (tengah) bergambar kenangan bersama penerima sijil pada Majlis Penganugerahan Watikah Pegawai Bersekutu, Pingat, Riben Separa Perkhidmatan serta Sijil APM kepada 83 penerima, malam tadi. - Foto: Bernama