[VIDEO] 26 PATI cuba keluar dari Malaysia dipenjara tiga bulan

Iklan

PORT DICKSON - Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat menjatuhi hukuman tiga bulan penjara terhadap 26 pendatang tanpa izin (PATI) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan cuba keluar dari negara ini secara haram.

26 PATI dijatuhi hukuman penjara tiga bulan di Mahkamah Majistret, Port Dickson pada Jumaat.

Iklan
Iklan

Kesemua tertuduh yang merupakan 25 warga Indonesia dan seorang Rohingya iaitu tiga wanita dan 23 lelaki berusia 21 hingga 63 tahun membuat pengakuan tersebut di hadapan Majistret, Uthman Abd Ghani sebaik pertuduhan dibacakan secara bersama.

Tiga wanita antara 26 PATI yang dijatuhi tiga bulan penjara.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada 4 November lepas jam lebih kurang 12.40 pagi bertempat di atas sebuah bot gentian kaca tanpa nombor pendaftaran di kedudukan garis lintang 02 22.80 utara dan garis bujur 102° 42.97 timur dalam perairan Malaysia pada jarak 9.6 batu nautika dengan daratan terhampir Port Dickson.

Iklan

Sehubungan itu, kesemuanya telah melalukan satu kesalahan di bawah Seksyen 56(1A)(a) dibaca bersama Seksyen 5(2) Akta yang sama dihukum di bawah Seksyen 57 akta sama.

Kesemua tertuduh tiba di pekarangan Mahkamah Majistret Port Dickson.

Jika sabit kesalahan, denda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara selama tempoh tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Iklan

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Agensi Penguatkuasaan Maritim (APM), Amir Saifullah Mohammad Sallehuddin manakala tertuduh diwakili Eric Yeow Kok Heng secara pro bono.