Indonesia sambut baik program ‘Bridge to Brilliance’ USANITA

Iklan
Ketua Pegawai Eksekutif USANITA, Datuk Adzliana Hasan berbincang dengan Menteri Koperasi dan Usaha Kecil dan Menengah Republik Indonesia, Teten Masduki ketika kunjungan hormat di Jakarta semalam.

SHAH ALAM - Menteri Koperasi dan Usaha Kecil dan Menengah Republik Indonesia, Teten Masduki menyambut baik program ‘Bridge to Brilliance’ anjuran USANITA Sdn Bhd dalam satu kunjungan hormat di Jakarta pada Khamis.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Adzliana Hasan berkata, pertemuan hampir sejam itu tertumpu kepada perbincangan untuk mengadakan kolaborasi bersama antara Malaysia dan Indonesia dalam bidang keusahawanan.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, menteri berkenaan melihat pelaksanaan program tersebut sebagai satu bentuk kerjasama yang baik memandangkan Indonesia juga giat membangunkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

"Teten telah mendengar dan menyambut baik konsep program ‘Bridge to Brilliance’ yang dibentangkan oleh kami (USANITA).

Iklan

"Kalau di Malaysia dipanggil Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)," katanya dalam kenyataan.

Sementara itu, Adzliana menerangkan, usahawan daripada kedua-dua negara itu akan turut sama berkongsi idea digital, pengurusan masyarakat tanpa tunai (cashless) dan peluasan pasaran menerusi program berkenaan.

Ketua Pegawai Eksekutif USANITA, Datuk Adzliana Hasan dan Menteri Koperasi dan Usaha Kecil dan Menengah Republik Indonesia, Teten Masduki ketika kunjungan hormat di Jakarta semalam.

Iklan

Tambah beliau, hal ini kerana Indonesia memiliki kelebihan dari segi kekayaan sumber asli dan populasi masyarakat yang besar.

"Saya dan Teten berkongsi hasrat yang sama. Kami ingin melihat Malaysia serta Indonesia berganding bahu dalam membangunkan sosioekonomi masyarakat antara dua negara di rantau Asia ini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan, pihaknya dijemput untuk hadir ke Program Rasmi Usahawan Indonesia pada 28 November akan datang yang bakal melibatkan lebih daripada 120 pemain industri pemula.

Hal ini kerana menurutnya, berdasarkan Global Entrepreneurship Monitor, jumlah usahawan wanita di Indonesia mencapai 14 peratus daripada populasi negara tersebut.