KUALA LANGAT - Seorang saksi warga Bangladesh dicari polis bagi memberi keterangan berhubung kes bunuh yang berlaku pada 10 April 2016 di Batu 9 Taman Medan, Sijangkang, di sini.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, saksi tersebut adalah Rafiqul Islam berusia 45 tahun.