'Masuk bilik backbenchers minum kopi itu perkara biasa'

Iklan
Mohd Amar

KOTA BHARU - Pas menegaskan tidak ada ahli Parlimen daripada parti itu yang akan menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara itu sekali gus menafikan khabar angin yang tersebar kononnya akan ada seorang Ahli Parlimen Pas bakal berbuat demikian selepas tindakan empat Ahli Parlimen Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum ini.

Iklan
Iklan

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, tidak ada maklumat berhubung dakwaan itu dan menyifatkan perkara tersebut hanya spekulasi semata-mata.

Mohd Amar (dua dari kanan) beramah mesra dengan orang ramai di Dataran Medan Ilmu di Kota Bharu.

Menurut beliau juga bukanlah satu kesalahan untuk masuk ke bilik penyokong (backbenchers) bagi bertemu rakan sejawatan sambil minum kopi.

Iklan

"Masuk saja tak ada masalah, waktu saya di Parlimen dulu pun biasa masuk dalam bilik backbenchers.

"Ada kawan-kawan yang masuk minum kopi setiap hari, tak ada apa-apa pun. Setakat masuk bilik, minum air sekali bagi saya bukan boleh buat ceritalah,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan Kuliah Jumaat di Dataran Medan Ilmu di sini.

Sumbangan daripada setiap Pas kawasan diserahkan bagi membantu penduduk tertindas oleh rejim Zionis.

Iklan

Dua hari lalu, spekulasi tercetus selepas seorang ahli Parlimen pembangkang itu dilihat sering masuk ke bilik backbenchers kerajaan di Parlimen sewaktu persidangan Dewan Rakyat berlangsung ketika ini.

Sebelum ini, empat Ahli Parlimen Bersatu iaitu Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Ahli Parlimen Labuan), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli) menyatakan sokongan kepada Anwar didakwa demi kepentingan rakyat di kawasan masing-masing.