Hampir 100 ular akan diserah kepada Perhilitan - APM Besut

Iklan
Ramlah Ros (kiri) melihat ular tedung selar yang dipegang anggotanya dan pelbagai spesies ular lain untuk diserahkan kepada Perhilitan di pekarangan Pejabat APM Besut di Bandar Jertih pada Jumaat. - Foto: Bernama

JERTIH - Seekor ular tedung selar sepanjang tiga meter antara 95 ekor ular pelbagai spesies yang bakal diserahkan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Besut kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) dalam masa terdekat.

Pegawai APM, Kapten (PA) Ramlan Ros Wahid berkata, ular tedung selar tersebut ditangkap oleh anggotanya di sebuah rumah di Kampung Tok Dor, di sini pada 9 Nov.

Iklan
Iklan

"Reptilia berbisa itu antara ular tedung selar terbesar yang pernah ditangkap oleh APM Besut setakat semalam, sepanjang tahun ini dan kesemuanya terdiri daripada sembilan spesies ular termasuk jenis berbisa akan diserahkan kepada Perhilitan,” katanya ketika ditemui di pejabat APM Besut dekat Bandar Jertih pada Jumaat.

Ramlan berkata, daripada jumlah tersebut, ular sawa merupakan yang paling banyak ditangkap iaitu 42 ekor diikuti ular tedung senduk (30 ekor), sawa tikus (6 ekor), ular tedung selar dan ular sampah masing-masing lima ekor.

Iklan

Diikuti empat ekor ular tedung senduk sembur serta ular katan tebu, ganding wat dan ular lidi masing-masing seekor.

"Buat masa ini, ular tersebut diletakkan di dalam sebuah kurungan khas dan diasingkan antara ular spesis berbisa atau pemangsa seperti tedung senduk, tedung selar dan sawa sementara menanti untuk diserahkan kepada Perhilitan,” katanya.

Iklan

Beliau berkata, daripada kesemua tangkapan itu, tiada kes yang dilaporkan membabitkan kecederaan atau mematuk menusia kecuali seekor ular sawa yang ditangkap di Kampung Kuala Kubang, Jabi pada 11 November lepas kerana cuba membaham seekor kambing.

"Kebanyakan kes ular tersebut ditangkap di dalam rumah manakala beberapa kes yang lain melibatkan tangkapan di luar rumah, dalam premis perniagaan dan kenderaan,” katanya. - Bernama