Sudan gesa pengunduran segera pasukan pengaman PBB

Iklan
Sudan sedang berdepan senario bencana kemanusiaan yang semakin teruk dan krisis hak asasi manusia yang dahsyat dengan lebih 2,000 orang awam terbunuh sejak konflik tercetus pada April. - Foto AFP

NEW YORK - Sudan menggesa pengunduran segera misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari negara itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Dalam sepucuk surat yang dilihat oleh DPA dan dihantar kepada Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres, kerajaan tentera Sudan mendesak Misi Bantuan Peralihan Bersepadu PBB di Sudan (UNITAMS), dihentikan serta-merta.

Iklan
Iklan

Misi itu mempunyai lebih 400 anggota, kebanyakannya adalah kakitangan awam

Kerajaan Sudan walaupun menggesa misi pengaman itu berundur, katanya ia tetap komited terhadap penglibatan yang konstruktif dengan PBB.

Iklan

Sementara itu, Penolong Setiausaha Agung untuk Afrika, Martha Ama Akyaa Pobee memaklumkan satu mesyuarat Majlis Keselamatan PBB pada Khamis bahawa tiada tanda-tanda konflik di Sudan akan reda.

Sudan sedang berdepan senario bencana kemanusiaan yang semakin teruk dan krisis hak asasi manusia yang dahsyat dengan lebih 2,000 orang awam terbunuh sejak konflik tercetus pada April, katanya.

Iklan

UNITAMS beroperasi di Sudan sejak 2020.

Pada September Ketua UNITAMS Volker Perthes mengumumkan peletakan jawatannya selepas diisytiharkan"persona non grata" oleh Sudan. - Bernama