Kehadiran Tuah Alam ubah Remy Ishak

Iklan
Remy dan Ezza berkongsi wajah selepas tiga bulan bayi itu dilahirkan.

AKTOR terkenal, Remy Ishak mendedahkan pernah berasa kosong dalam hidupnya.

Malah kekosongan itu lebih dirasai selepas pemergian bapanya, Ishak Idris pada 21 Disember 2019.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun selepas kehadiran anak sulungnya, Tuah Alam pada 27 Julai lalu, kehidupannya kini sudah berubah dan kembali terisi.

"Bila Tuah lahir, semuanya berubah," luah Remy menerusi hantaran di akaun TikTok miliknya.

Sejak Tuah lahir, Remy mengakui dia mula memahami apa itu erti rindu.

Iklan

Dalam hantaran beserta video pendek itu, Remy berkongsi beberapa momen bersama Tuah semenjak hari pertama dilahirkan.

Bukan itu sahaja, bintang utama Pulang itu turut berjanji akan menjadi bapa terbaik buat anaknya itu.

Iklan

"Insya-ALLAH, saya akan jadi versi terbaik dalam diri saya sebagai seorang bapa.

"Ayah sayang Tuah," kongsi Remy.

Sejak Tuah lahir, Remy mengakui dia mula memahami apa itu erti rindu.

Terdahulu, Remy dan Ezza berkongsi wajah Tuah kepada umum selepas tiga bulan anak mereka lahir.

Sekadar info, Remy mendirikan rumah tangga dengan usahawan, Ezza Yusof pada 21 Ogos 2021.