Agus letak jawatan Ketua Pengarah JKOM tak beri kesan kepada kerajaan - Jalaluddin

Iklan
Jalaluddin Alias - Foto Bernama

SEREMBAN - Peletakan jawatan Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusof tidak sedikit pun memberi kesan kepada kerajaan hari ini dan perkara itu disifatkan sebagai normal.

Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, seperti dirinya yang sebelum ini melepaskan jawatan Pengerusi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) selepas memegang portfolio dalam barisan Exco Negeri Sembilan.

Iklan
Iklan

Katanya, sesiapapun boleh dilantik untuk memegang jawatan penting atau apa juga jawatan dalam kerajaan atau mana-mana syarikat berkaitan kerajaan (GLC) berasaskan kriteria, kebolehan dan kelayakan.

"Sampai ketika dan waktunya saya sudah diberi tanggungjawab baru sebagai ahli exco kanan kerajaan Negeri Sembilan, maka pada saya tidak wajar untuk saya meneruskan jawatan saya sebagai pengerusi LLM," katanya.

Iklan

Beliau bagaimanapun menafikan tindakan peletakan jawatan itu mempunyai kaitan dengan desakan susulan dakwaan prestasi J-KOM yang kurang memuaskan.

Jalaluddin ketika melawat sekitar gerai jualan pada Karnival Usahawan Asas Tani dan myGAP di Pasaraya Mydin Seremban 2, di sini,pada Jumaat.

Sebelum itu, telah tular satu rakaman video perbualan aib antara seorang lelaki dengan seseorang yang mirip Mohammad Agus tersebar di media sosial.

Iklan

Jalaluddin yang juga Exco Kanan Negeri Sembilan berkata, adalah wajar jawatan itu diserahkan kepada orang yang mampu dan lebih masa untuk menumpukan tugas sebagai pengerusi LLM.

Jelas beliau, penjawat awam lain juga sepatutnya melakukan perkara ini jika tidak lagi rasa sesuai memegang sesuatu jawatan dan memberi peluang kepada individu yang berkelayakan.

Mengulas video yang tular, beliau berkata, perkara itu dilakukan pihak yang mahu mengganggu kestabilan Kerajaan Perpaduan yang diwujudkan ketika ini.

Jalaluddin yang juga Exco Kanan negeri, berkata, ini kerana terdapat dua kategori pemain-pemain politik dalam negara ini.

"Tentulah kita tahu siapa yang membuat penularan tidak bagus untuk menjadikan kerajaan pada hari ini huru-hara atau mana-mana pihak yang terus menerus bekerja kuat untuk memastikan kerajaan perpaduan ini dapat dijalankan dengan baik untuk pembangunan negara, negeri dan kesejahteraan rakyat," katanya.