GAZA CITY - Tentera Israel meneruskan pencarian dari bangunan ke bangunan dalam Hospital al-Shifa ketika pejuang Hamas mendedahkan zionis bertindak melulu dengan memusnahkan jabatan-jabatan penting dalam hospital tersebut.
Tentera Israel menyerbu al-Shifa sejak awal Rabu lalu untuk mencari bukti apa yang dikatakan mereka bahawa hospital tersebut dijadikan markas pejuang Hamas, satu tuduhan dinafikan kumpulan Islam dan pengurus hospital itu.