'Jadilah sahabat yang jujur dan ikhlas...' - Fazura

Iklan
Rata-rata pengikut dan rakan selebriti di Instagram turut bersetuju dengan kenyataan yang dibuat Fazura.

PELAKON dan penyanyi popular, Nur Fazura Sharifuddin menitipkan pesanan ringkas buat pengikut akaun Instagramnya.

Ujar Fazura, 40, sebagai seorang sahabat, perlulah ada kejujuran dan keikhlasan tidak kira di depan atau di belakang rakan.

Iklan
Iklan

"Jadilah sahabat yang jujur dan ikhlas di depan dan di belakang. Kerana apa sahaja permainan berniat tidak baik, pasti akan terungkai pada sahabat yang sentiasa ikhlas padamu,” tulisnya.

Tidak menujukan kata-kata itu pada sesiapa, isteri kepada pelakon Fattah Amin itu turut mengingatkan semua pihak agar tidak bersahabat kerana kepentingan tertentu.

Iklan

"Siaplah saling berkawan dengan semua tanpa kepentingan, rasa cemburu dan memecah-belah,” ujarnya lagi.

Nasihat yang dititipkan Fazura turut mendapat perhatian dalam kalangan pengikutnya termasuk rakan selebriti yang bersetuju dengan pesanan itu.

Iklan