Hospital Al-Shifa makin kritikal, dikepung tentera Zionis

Iklan
Seorang kanak-kanak bertarung nyawa selepas Hospital Al-Shifa dikepung sepenuhnya Israel di Gaza City. - AFP

GAZA CITY - Lebih 7,000 penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal manakala kakitangan Hospital Al Shifa 'bertarung nyawa' akibat kekurangan air dan makanan selepas tentera Israel menyekat seluruh bangunan itu, lapor Anadolu.

Menurut kenyataan yang disiarkan Telegram oleh pejabat media Gaza, situasi kritikal akibat 'tiada makanan, air, susu untuk bayi di Hospital Al-Shifa yang dikepung tentera rejim itu.

Iklan
Iklan

"Kami mungkin kehilangan sebilangan kanak-kanak yang kekurangan zat makanan di hospital kerana bekalan elektrik terputus, sehingga menyebabkan mereka tidak dapat bergantung kepada inkubutor," katanya.

Pejabat itu turut menekankan keadaan teruk di hospital tersebut yang menempatkan 650 pesakit dan kira-kira 7,000 individu yang kehilangan tempat tinggal.

Iklan

Kenyataan itu sekali gus menunjukkan bahawa tentera Israel telah memusnahkan semua kenderaan di perkarangan hospital dan enggan membenarkan kakitangan perubatan atau pesakit keluar dari bangunan itu.

Justeru, pejabat media Gaza merayu campur tangan antarabangsa segera untuk menyelamatkan semua mangsa yang dikepung itu.

Iklan

Dalam pada itu, media sama melaporkan tentera Israel menjalankan operasi mencari dan memeriksa dalam bangunan hospital dan memindahkan mayat pejuang ke lokasi tidak didedahkan.

Selain itu, mereka telah menukar hospital menjadi berek tentera.

Kenyataan itu juga menggesa tekanan antarabangsa bagi membebaskan kawasan al-Shifa daripada tentera Israel, mengeluarkan tentera dan kereta kebalnya serta menolak naratif Israel mengenai senjata yang ada di hospital sebagai palsu. - Agensi