Budak lelaki OKU maut dipercayai digilis pembajak

Iklan
Mangsa ditemui penduduk kampung pada jam 6 petang dalam keadaan tertiarap di dalam lumpur dan tidak sedarkan diri. - Foto Ihsan JBPM

JITRA - Seorang budak lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemukan maut dipercayai digilis jentera pembajak di Kampung Sungai Korok, di sini pada petang Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, pihaknya menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra bagi mendapatkan bantuan untuk mengeluarkan mangsa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, mangsa berusia 11 tahun yang dikenali Muhammad Aiman Rosli ditemui penduduk kampung pada jam 6 petang dalam keadaan tertiarap di dalam lumpur dan tidak sedarkan diri.

"Pasukan bomba tiba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah alat pemutar.

Iklan

"Mangsa mengalami kecederaan parah di badan kemudiannya dikeluarkan dan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat,” katanya di sini pada Jumaat.

Kejadian yang berlaku di Kampung Sungai Korok pada petang Jumaat.

Rodzi berkata lagi, siasatan masih lagi dijalankan oleh polis dan saksi kejadian akan dipanggil untuk mengetahui punca sebenar.

Iklan

Jelasnya, sehingga kini kes berkenaan masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jitra, Penolong Kanan Penguasa Bomba Bustan Karudin berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima panggilan melalui sistem MERS 999.

Menurutnya, seramai lapan orang anggota dari BBP Jitra yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Mohd Syahruddin Awang dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi, didapati terdapat seorang mangsa iaitu kanak-kanak lelaki, mengalami kecederaan akibat digilis pembajak,” ujar beliau.