Masjid Mukim Pohon Tanjong perlu RM395,000

Iklan
Masjid Mukim Pohon Tanjong memerlukan penambahbaikan kerana keadaannya yang usang.

PASIR MAS - Masjid Mukim Pohon Tanjong yang berusia 71 tahun masih memerlukan dana berjumlah RM395,000 untuk dibaik pulih.

Setiausaha Masjid Mukim Pohon Tanjong, Mohd Yunus Musa berkata, masjid itu antara paling lama di daerah tersebut yang dibina sejak1951.

Iklan
Iklan

"Masjid ini berkeluasan 465 meter persegi (m²) mampu memuatkan 400 jemaah pada satu-satu masa.

Menurut beliau, antara yang perlu diperbaiki ialah ruangan solat seluas 343 m² dan pemasangan karpet berkeluasan 414 m².

Iklan
Ruang solat Masjid Mukim Pohon Tanjong perlu dibaik pulih dan dipasang karpet baharu.

"Bahagian siling kapur, menambah tandas, pendawaian elektrik dan membaiki bumbung bocor.

"Selainnya, menambah sistem pembesar suara dan membina tempat wuduk yang lebih selesa,” katanya.

Iklan

Bagi yang ingin membantu boleh menyalurkannya ke akaun Masjid Mukim Pohon Tanjong 1101-9473-80 Bank Rakyat atau menghubungi Mohd Yunus di talian 013-9335456.