PENGENDALI Tottenham Hotspur, Jose Mourinho memuji karakter dipamerkan para pemain The Spurs pada babak kedua ketika bangkit menewaskan Brighton 2-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Tottenham Hotspur hari ini.
Menurutnya, beliau sangat gembira dengan semangat tidak berputus asas dipamerkan para pemain tuan rumah pada babak kedua
Iklan
Iklan
"Kami berubah sedikit pada babak kedua, saya tidak kata pemain-pemain Tottenham Hotspur buat kesilapan babak pertama. Tapi kami segera sedar berubah sedikit seterusnya mengubah tempo perlawanan.
"Babak pertama bukan teruk sangat sebaliknya kami bermain bagus. Tapi saya akui mengambil sedikit masa mengembalikan kepercayaan diri untuk bangkit daripada kekalahan yang menyebabkan permulaan kami sedikit tempang.
"Pada babak kedua, para pemain menyisihkan sisi negatif untuk kembali kepada penampilan sebenar gaya Tottenham Hotspur," kata bekas pengendali Chelsea dan Manchester United itu
Gol daripada Harry Kane minit ke-53' dan Dele Alli sudah cukup memadamkan jaringan babak pertama Adam Webster.
Tiga mata itu membolehkan kelab London berkenaan melonjak ke tangga kelima liga selepas mengumpul 29 mata.