Segera pinda Akta Lompat Parti
Iklan
AKHIRNYA terjawab kegusaran umum tentang adanya lompang dan kelemahan Akta Lompat Parti.
Mungkin ada hikmahnya akta itu kembali dipersoalkan, cuma sedikit terkilan kerana ketika ia dibahaskan pada 2021, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) ketika itu, Tan Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar sudah pun menjelaskan kelemahan yang tidak menepati matlamat sebenar Akta Lompat Parti dikuatkuasakan.