Keluarga tinggal dalam pondok usang akhirnya berpindah

Iklan
BERITA MOJO 18 NOVEMBER 2023

Keluarga yang dilaporkan media tinggal di pondok buatan sendiri menggunakan kayu dan juga bahan terpakai di Kampung Baharu Ulu Sungai Johor, Kota Tinggi baru-baru ini, akhirnya berjaya dipindahkan buat sementara di sebuah rumah sewa di sekitar Kota Tinggi, pada petang Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Difahamkan, sewaan bulanan bagi rumah sewa tersebut ditanggung oleh Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), sehingga sebuah rumah yang sempurna buat keluarga berkenaan siap dibina di kampung berkenaan dengan bantuan Kerajaan Negeri dalam masa terdekat.

Artikel berkaitan: https://www.sinarharian.com.my/article/635067/edisi/johor/keluarga-tinggal-dalam-pondok-usang-akhirnya-berpindah

Muzik: A day to remember dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #BeritaMojo #Mojo #SinarTerkini #Rumah #MajlisAgamaIslamNegeriJohor #MAINJ