JKM sudah hantar barangan keperluan ke pangkalan hadapan

Iklan
Aiman Athirah (kanan) melancarkan Program Celik IT Awan Kelantan Era Digital sempena Konvensyen Awan Kelantan hari ini. Turut hadir Dr Hafidzah (dua dari kiri).- Foto Bernama

KOTA BHARU - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menghantar barangan keperluan seperti makanan serta bantuan lain ke semua pangkalan hadapan sebagai persediaan menghadapi bencana banjir.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, barangan keperluan itu dihantar dari depoh utama negeri ke pangkalan hadapan bagi mengelakkan berlakunya kelewatan bantuan.

Iklan
Iklan

"Sebagai contoh depoh utama JKM di Pengkalan Chepa juga telah membuat penghantaran ke pangkalan hadapan di semua jajahan di Kelantan," katanya.

Beliau yang juga Ketua Awan Nasional berkata, demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Angkatan Wanita Amanah Negara (Awan) Kelantan, di sini hari ini.

Iklan

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim.

Monsun timur laut (MTL) berlaku bermula November hingga Mac tahun depan. - Bernama

Iklan