Kerjasama Persekutuan, Sarawak penting jayakan Sukma 2024

Iklan
Hannah Yeoh (tiga dari kanan) menyampaikan cenderahati kepada Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan serta Menteri Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah (tiga dari kiri). - Foto: Bernama

KERJASAMA erat antara Sarawak dan kerajaan Persekutuan penting dalam menjayakan penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) 2024, kata Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh.

Beliau berkata, lebih banyak sesi libat urus harus diadakan antara kedua-dua pihak supaya penganjuran temasya sukan itu dapat berjalan lancar.

Iklan
Iklan

"Sarawak dan (kerajaan) Pusat perlu adakan lebih banyak mesyuarat untuk pastikan SUKMA tahun depan adalah SUKMA yang paling terbaik untuk atlet kita,” katanya semasa berucap di majlis perasmian Sukan Perpaduan pada Sabtu.

Hannah Yeoh bergambar dengan peserta pada majlis perasmian Sukan Perpaduan MYSED Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di Megalanes Sarawak pada Sabtu. - Foto: Bernama

Sarawak dipilih sebagai tuan rumah penganjuran Sukma edisi ke-21 yang dijadualkan berlangsung dari 17 hingga 24 Ogos depan. Sebelum ini Sarawak pernah menjadi tuan rumah kepada temasya sukan terbesar negara iaitu bagi edisi 1990 dan 2016.

Iklan

Sementara itu Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata persiapan Sukma 2024 berjalan dengan lancar.

"Sarawak memperuntukkan RM124 juta untuk membaik pulih fasiliti sukannya. Selain itu, RM80 juta juga telah disediakan kerajaan negeri untuk persiapan atlet-atlet Sarawak,” katanya. - Bernama

Iklan