Anugerah Golden Boy milik Bellingham

Iklan
Bellingham

PERMULAAN memberangsangkan di Real Madrid, menyaksikan pemain tengah England, Jude Bellingham dinobatkan Anugerah Golden Boy 2023.

Pemain berusia 20 tahun itu menewaskan pemain Bayern Munich, Jamal Musiala dan pemain RB Leipzig, Xavi Simons untuk memenangi anugerah yang mengiktiraf pemain Bawah 21 tahun.

Iklan
Iklan

Bellingham adalah penjaring terbanyak di LaLiga dengan 10 gol dalam 11 perlawanan menambah lagi tiga jaringan dalam penampilan di Liga Juara-Juara, selepas berpindah dari Borussia Dortmund pada Jun.

"Terakhir, paling penting, keluarga saya, yang memberi sokongan, motivasi dan kasih sayang setiap hari untuk terus berusaha.

Iklan

"Sekarang saya mempunyai anugerah berprestij ini yang saya mahu teruskan. Saya mahu terus menolak had potensi saya dan semoga banyak lagi trofi yang akan datang,” kata Bellingham.

Sementara itu, penyerang Colombia Madrid, Linda Caicedo berusia 18 tahun memenangi Anugerah Golden Girl.

Iklan

Sebagai rekod, Wayne Rooney, Lionel Messi, Raheem Sterling, Kylian Mbappe, Erling Haaland, Pedri dan Gavi antara pemenang Anugerah Golden Boy sebelum ini.