JOHOR BAHRU - Seorang wanita maut apabila motosikal ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah lori treler berhampiran JCYHDD, Simpang 3, Kawasan Perindustrian Tebrau, pada Sabtu.
Menurut Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Aziddy Che Jaafa, dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, sembilan anggota bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan jentera Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi selepas menerima panggilan jam 11.20 pagi.