MUAR - Anak sulung kepada Allahyarham Amir Ruddin Ismail, 46, mangsa kemalangan maut enam sekeluarga di Segamat dua bulan lalu, berjanji tidak akan bergaduh dan menjaga adiknya, Abdullah iaitu satu-satu ahli keluarganya yang terselamat.
Azam itu diucapkan Abdur Rahman Amir Ruddin, 19, sempena hari lahir arwah bapanya ke-46 yang jatuh pada Jumaat.
"Ya ALLAH, ampunkanlah dosa dan rahmatilah mereka. Lapangkan kubur serta tempatkan mereka dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh," tulisnya dalam perkongsian TikTok sempena kelahiran arwah bapanya.
Sementara itu, Abdur Rahman turut mengucapkan selamat hari lahir kepada bapanya semasa dijemput memperdengarkan bacaan al-Quran sempena program Maulid Akbar Tanwiriah Berselawat di Madrasah At-Tanwiriah di Parit Jawa di sini malam Jumaat.
Sebelum memperdengarkan bacaan surah Hud di hadapan ribuan pengunjung, Abdur Rahman memberitahu bahawa Jumaat adalah genap usia 46 tahun arwah bapanya.
"Alhamdulillah, sebelum saya memulakan bacaan ayat suci al-Quran, marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah ayah saya, Haji Amir Ruddin (Ismail) kerana hari ini (semalam) ulang tahun yang ke-46.
"...dan kita sedekahkan juga Al-Fatihah kepada keluarga saya, semoga roh mereka dicucuri Allah SWT dan dirahmati-Nya," katanya lagi yang kelihatan cuba menahan sebak.
Kemalangan pada jam 6.37 petang, 1 September lalu itu meragut nyawa Amir Ruddin, ibunya, Noorahimah Noor Muhamad, 43, serta empat adik beradiknya Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.
Kejadian berlaku ketika tujuh sekeluarga itu dalam perjalanan dari Ladang Tehel Utara, Kluang ke Felda Kemelah di Segamat untuk menghantar Noorahimah serta anak-anaknya di sana.
Namun setibanya di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dinaiki bertembung dengan sebuah treler membawa muatan pasir.