KOTA BHARU - Polis mengesahkan menerima laporan berhubung satu kain rentang yang menggesa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menukarkan seorang pengetua dan ketua pembantu tadbir di sebuah sekolah di bandar ini dengan segera.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud memaklumkan menerima laporan berkenaan dan kes itu sedang disiasat.
Iklan
Iklan
Sebelum ini tular di media sosial sejak Jumaat, satu kain rentang yang ditulis dengan nama dua individu yang mahu ditukarkan dengan mendakwa mereka banyak memberi tekanan kepada pelajar serta guru selain kantin berada di gred C.
Kain rentang yang tidak pasti lokasi pemasangannya itu turut ditulis dengan nama Menteri Pendidikan, Fadhlina Siddiq (Sidek).
Sehingga petang ini, sebanyak 2571 komen netizen berkisar mengenai pelbagai situasi sekolah berkenaan.