HELSINKI - Finland menutup empat lintasan sempadannya dengan Rusia pada awal pagi Sabtu ekoran peningkatan mendadak migran yang dibenarkan oleh pihak berkuasa Rusia tanpa dokumentasi lengkap, lapor agensi berita (dpa) Jerman.
Agensi perlindungan sempadan Finland berkata, penutupan itu yang diumumkan pada Khamis, dilaksanakan di Vaalimaa, Nuijamaa, Imatra dan Niirala di tenggara. Kini hanya lintasan kereta api di Vainikkala di wilayah itu masih dibuka.
Helsinki menuduh pihak berkuasa Rusia membantu pendatang menyeberang untuk memohon suaka di negara Kesatuan Eropah itu.
Permohonan suaka kini dikendalikan di pos sempadan Salla dan Vartius, ratusan kilometer ke utara.
Bilangan pencari suaka tanpa dokumen di tenggara Finland meningkat dengan ketara sekali lagi pada Jumaat kepada 163, dua kali ganda bilangannya berbanding keseluruhan minggu sebelumnya.