Proses susulan bawa keluar mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar dipercepat

Iklan
Fadillah (tengah) dan Mohamad Alamin (kiri) ketika sidang media selepas mengakhiri hari ketiga lawatan rasmi beliau ke Beijing pada Sabtu. - Foto: Bernama

BEIJING - Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berkata, pihaknya akan mempercepat proses susulan untuk membantu membawa keluar rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar.

Beliau berkata, pihaknya akan melaksanakan beberapa tindakan susulan bagi memastikan proses membawa keluar mangsa dapat dilakukan dengan lebih mantap.

Iklan
Iklan

"Untuk kes yang berlaku di Myanmar, hasilnya amat positif apabila kita dapat menjalin kerjasama dengan China,” katanya ketika menghadiri sidang media Fadillah yang mengakhiri lawatan rasmi beliau ke China pada Sabtu dan dijangka pulang ke tanah air pada Ahad.

Sebelum itu, Fadillah berkata, China telah memberikan komitmen untuk membantu membawa keluar rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Myanmar.

Iklan

"Apabila terlibat dengan jenayah penipuan ini, mereka tidak mempunyai pasport dan tidak dapat keluar dari negara berkenaan maka kita berusaha dengan apa sahaja prosedur untuk membawa mereka balik,” katanya. - Bernama

Iklan