Mbappe tidak mahu pening-pening kepala

Iklan
Kylian Mbappe - FOTO: AFP

PENYERANG Paris Saint-Germain (PSG), Kylian Mbappe tidak akan membiarkan spekulasi mengenai masa depannya di kelab Ligue 1 Perancis itu menjejaskan persembahan di padang.

Awal tahun ini, Mbappe dengan lantang menegaskan tidak akan memperbaharui kontraknya di PSG, yang tamat pada akhir musim 2023-24 apabila dia boleh meninggalkan Paris secara percuma.

Iklan
Iklan

Kapten Perancis itu sebelum ini dikaitkan dengan perpindahan ke kelab gergasi LaLiga Sepanyol, Real Madrid.

"(Soalan mengenai masa depan saya) bukan sesuatu yang membebankan saya. Di padang, saya tidak fikir tentang itu. Saya hanya berfikir tentang bermain dan memenangi gelaran.

Iklan

"Saya memulakan musim ini dengan keinginan untuk hanya memikirkan bola sepak saya dan tidak memikirkan perkara luar atau membawa perkara dari luar, untuk mencemarkan karier bola sepak, jadi perkara yang paling penting bagi saya hari ini adalah bermain bola sepak,” kata Mbappe.

Mbappe juga menolak sebarang perbincangan mengenai perbezaan pandangan antara dia dan pengurus PSG, Luis Enrique.

Iklan

Pemain berusia 24 tahun itu sebelum ini dikritik Enrique selepas menang 3-0 ke atas Reims minggu lalu, walaupun menjaringkan ketiga-tiga gol dalam perlawanan liga.

Ditanya mengenai kritikan itu, Mbappe berkata:"Sejujurnya saya tidak tahu. Anda perlu bertanya (Luis Enrique) mengapa masa ini. Tetapi saya mengambilnya dengan baik dan, seperti yang saya katakan, dia seorang jurulatih yang hebat. Saya tahu dia mempunyai banyak untuk mengajar saya.

"Saya tidak semestinya memerlukan jurulatih untuk mengatakan setiap hari bahawa saya adalah yang terbaik dunia untuk saya bermain dengan baik.”