KUANTAN - Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) membongkar sikap tidak amanah seorang pekerja sebuah syarikat kurier di Triang semalam, apabila dia dirakam mengambil barangan milik pelanggan.
Melalui rakaman terbabit, lelaki berusia 23 tahun itu yang bekerja sebagai penghantar barang didapati mengambil dua telefon bimbit bernilai RM1,118.