TURKIYE melakar kejutan apabila menumpaskan tuan rumah rumah Euro 2024, Jerman 3-2 dalam perlawanan persahabatan di laman lawan, Berlin awal pagi Ahad.
Kekalahan itu menjadi tamparan hebat buat jurulatih, Julian Nagelsmann selepas mengambil alih tugas tersebut daripada Hansi Flick September lalu.
Keputusan tersebut menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat biarpun Jerman menurunkan barisan terkuat untuk kejohanan Euro tahun depan.
Turkiye yang sudah layak ke Euro 2024 kelihatan bersemangat dengan kehadiran beribu-ribu penyokong mereka di stadium Olimpik, tetapi tuan rumah terpaksa akur akan kekalahan itu biarpun bermula dengan baik apabila mendahului perlawanan.
Nagelsmann meraih kemenangan pada penampilan sulungnya Oktober lalu di tempat lawan menewaskan ke Amerika Syarikat sebelum seri menentang Mexico.
"Kami sepatutnya menamatkan perlawanan dalam 10 minit pertama, tetapi dari minit ke-25 dan sehingga rehat kami tidak bekerja keras.
"Kami perlu terus bermain pada tahap yang sama, setiap pemain perlu melakukannya. Kemudian kualiti itu akan muncul dalam permainan," ujar Nagelsmann.
Dalam aksi itu, Jerman terlebih dahulu di depan pada minit kelima menerusi Kai Havertz, disusuli ledakan Ferdi Kadiolgu untuk menyamakan kedudukan pada minit ke-38 sebelum Kenan Yildiz meletakkan pasukan pelawat mendahului pada masa kecederaan babak pertama.
Memasuki babak kedua Jerman kembali menyamakan kedudukan hasil sentuhan Niclas Fullkrug, namun jaringan Yusuf Sari menerusi sepakan penalti pada minit ke-71 mengesahkan kemenangan Turkiye.
Selepas ini Jerman akan berdepan Austria pada Selasa dalam satu lagi perlawanan persahabatan.