Kerajaan perlu bertegas dengan Coldplay

Iklan
Kehadiran kumpulan Coldplay wajar dibimbangi berikutan sokongan kumpulan rock itu kepada golongan LGBT. Gambar kecil: Ahmad Amzad

KEMAMAN - Kerajaan perlu bertegas dalam mengawal kemasukan artis luar negara yang bermasalah agar tidak membawa budaya songsang ke negara ini.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Ahmad Amzad Hashim berkata, kehadiran kumpulan Coldplay wajar dibimbangi berikutan sokongan kumpulan rock alternatif British itu kepada golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Iklan
Iklan

"Dalam belanjawan baru-baru ini, banyak cukai yang naik, tapi ada juga yang diturunkan iaitu cukai konsert membabitkan kemasukan artis luar negara.

"Di atas pentas di hadapan ribuan orang, sesama lelaki bercium dan akhirnya mereka balik. Kerajaan sepatutnya bertegas dalam soal ini," katanya semasa berucap dalam Ceramah Perdana Unit Daerah Mengundi (UDM) Pekan Kijal pada malam Sabtu.

Iklan

Kumpulan itu akan mengadakan konsert Coldplay: Music of the Spheres World Tour di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 November depan.

Dalam beberapa konsert sebelum ini, penyanyi utamanya iaitu Chris Martin yang pernah berkahwin dan mempunyai dua anak membuat persembahan dengan memegang bendera pelangi iaitu simbol kepada kumpulan LGBT.

Iklan

Beberapa pihak telah menyuarakan bantahan terhadap konsert itu, malah Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menyatakan ia wajar diharamkan.