20,000 Kupon Rahmah PLATS untuk rakyat Selangor

Iklan
Jadual jelajah turut dimuat naik di laman Facebook Menteri Besar. Amirudin Shari

SHAH ALAM - Jelajah Platform Selangor (PLATS) Masuk Pasar akan bermula pada 19 November di 12 lokasi pasar pagi dan malam sekitar Selangor.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan kerajaan negeri juga akan menyediakan 20,000 kupon bernilai RM5 setiap satu kepada pengunjung.

Iklan
Iklan

"Kita jumpa nanti," katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Ahad.

Tambahnya, PLATS adalah platform digital menggerakkan ekonomi peniaga negeri ini yang diperkenalkan ketika pandemik Covid-19.

Iklan

Berdasarkan jadual jelajah yang dikongsi program bermula di pasar pagi Sungai Buloh Jeram (19 November), pasar malam Sri Andalas (21 November), pasar malam Taman Perwira (22 November) dan pasar malam Bandar Batu Selayang (23 November).

Dua lagi lokasi jelajah ialah di pasar malam Desa Sri Jenaris (26 November) dan pasar malam Kuala Kubu Bharu (29 November).

Iklan

Sebelum ini, media melaporkan platform secara maya itu adalah satu daripada usaha negeri untuk melengkapkan agenda pendigitalan dan bukan pesaing kepada sektor swasta.

PLATS diperkenal pada 2020 bagi melengkapkan ekosistem agenda pendigitalan Selangor susulan penularan Covid-19 dan ditambah baik bagi memastikan peniaga menjana pendapatan sepanjang masa.