Weng Son raih juara dunia 2023 acara Changquan

Iklan
Weng Son - Foto Bernama

ATLET wushu negara, Wong Weng Son merangkul juara acara Changquan lelaki pada Kejohanan Wushu Dunia 2023 yang berlangsung di Texas, Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu.

Atlet berusia 31 tahun itu dinobatkan sebagai juara dunia selepas memperoleh 9.826 mata untuk mengetepikan pencabarnya dari Indonesia, Seraf Naro Siregar (9.803 mata) yang meraih perak dan gangsa disambar rakan senegara, Clement Ting Su Wei (9.800 mata).

Iklan
Iklan

Kejuaraan yang diraih atlet kelahiran Seremban, Negeri Sembilan itu sekali gus mengubati kekecewaannya yang sekadar meraih perak acara sama pada edisi 2019 di Shanghai, China.

Kali terakhir Weng Son meraih emas di kejohanan dunia adalah pada 2017 di Kazan, Rusia bagi acara Jianshu.

Iklan

Lebih manis kejayaan kem negara tidak terhenti di situ apabila Su Wei turut menyumbang pingat perak bagi acara Daoshu lelaki.

Kem wushu wanita negara pula membuahkan dua perak menerusi Sydney Chin Sy Xuan dalam acara Taijijian dan dan Loh Ying Ting untuk saingan Changquan wanita.

Iklan

Bekas juara dunia, Tan Cheong Min pula meraih gangsa acara Nangun wanita. - Bernama