BN-PH Pahang meterai perjanjian persefahaman kerjasama

Iklan
Wan Rosdy (kiri, duduk) dan Amirudin (Kanan, duduk) menandatangani perjanjian persefahaman kerjasama di sebuah hotel di Genting Highlands pada Ahad.

BENTONG - Kerajaan Perpaduan di Pahang menjadi negeri pertama di negara ini mewujudkan perjanjian persefahaman kerjasama sebagai bukti komitmen kedua-dua pihak.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, perjanjian bertulis membabitkan kedua-kedua pihak itu juga demi masa depan selain rujukan untuk pemimpin-pemimpin akan datang.

Iklan
Iklan

"Jadi ada rujukan bertulis. Ia memudahkan untuk generasi akan datang... tempoh perjanjian bergantung jika ada ketidaksetujuan mungkin akan adakan rundingan lebih lanjut," kata beliau.

Beliau berkata sedemikian pada sidang akhbar sempena majlis menandatangani perjanjian persefahaman kerjasama dengan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pahang, Datuk Seri Amirudin Shari di sebuah hotel dekat Genting Highlands di sini pada Ahad.

Iklan

Ujar Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang memberitahu, perjanjian yang dibuat itu juga dapat memastikan kerjasama tersebut akan menjadi lebih mantap supaya memudahkan perancangan untuk tindakan selanjutnya terutamanya dalam kesefahaman politik.

"Terima kasih kepada Pengerusi PH Pahang (Amirudin) kerana telah memberikan kerjasama walaupun sudah setahun berlalu tiada masalah yang timbul.

Iklan

Dalam pada itu, Amirudin percaya persefahaman itu akan menjadi model kepada bentuk-bentuk kefahaman yang lain selepas ini.

"Perjanjian persefahaman ini dibincangkan antara kedua-dua pasukan peguam dan sedikit sebanyak templat mengikut bagaimana Kerajaan Perpaduan di Putrajaya dan cuba seimbangkan dengan situasi di Pahang.

"Jadi secara asasnya rujuk kepada kerjasama kerajaan Pusat yang hasilkan kerajaan stabil dan mahukan kestabilan itu wujud di Pahang," tambah beliau.

Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor itu menyifatkan ia satu politik sihat apabila rakyat dapat mengetahui garis-garis dan juga persefahaman antara kedua dua pihak..

"Ia bukan sahaja siapa jadi menteri besar, exco tapi apa hala tuju jadi tiada la secara tiba tiba nak tukar MB... dah jenuh kita dengan pengalaman lepas," jelas Amirudin.