Hukuman tidak berperikemanusiaan
Iklan
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teruntum, Sim Chon Siang (kiri) bertemu dengan mangsa-mangsa pemerdangan manusia yang berjaya diselamatkan.
SHAH ALAM - Didera secara fizikal termasuk dirogol, dipukul dengan kayu pemukul kriket, renjatan elektrik dan kurung dalam bilik dipenuhi tikus, antara hukuman dilalui mangsa pemerdagangan manusia di KK Garden Myawaddy, Myanmar.
Mangsa sindiket yang ingin dikenali sebagai Ikram berkata, hukuman itu dikenakan terhadap mereka yang gagal menunjukkan prestasi baik dalam tugasan.